Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua pengunjung, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Paparan terbaik dari blog ini hanya dengan menggunakan browser Firefox.Terima kasih sudi ziarah.Sila Datang Lagi

Tuesday, May 24, 2011

Kain Putih Apa Coraknya???

Di Karang Oleh Farhan Rais

Dunia hampir kiamat. Itulah kalimat yang terucap apabila menyaksikan dan menilai beberapa perkara yang dilakukan oleh manusia hari ini. Batas-batas ketamadunan seorang manusia semakin menipis. Manusia tidak lagi wujud sebagai makhluk tuhan paling mulia berbanding haiwan dan ciptaan Tuhan yang lain.

Menurut SMahadzir melalui artikelnya Antropologi Dalam Al-Quran (laman web YADIM, 22 Mei 2007), terdapat tiga istilah yang menerangkan makna asas manusia, iaitu ‘basyar’, ‘insan’, dan ‘al-nas’. ‘Basyar’ memberikan rujukan kepada manusia sebagai makhluk biologi.

Konsep ‘basyar’ selalu dihubungkan dengan sifat-sifat biologi manusia, iaitu makan, minum, seks, dan sebagainya.Konsep insan pula jelasnya merupakan keistimewaan manusia sebagai khalifah atau pemikul amanah, insan dihubungkan dengan ‘predisposition’ negatif dan positif diri manusia dan insan dihubungkan dengan proses penciptaan manusia. Ini bermakna semua konteks insan menunjukkan pada sifat-sifat psikologi atau spiritual.

Manakala konsep al-nas pula dikaitkan dengan hubungan manusia sesama manusia (hablu minan nas). Al-Quran menjelaskan bagaimana manusia dengan kelompok sosialnya berinteraksi sesama mereka. Ini menunjukkan bahawa al-Quran memandang manusia sebagai makhluk biologi, psikologi, dan sosial. Manusia hari ini dilihat sebagai satu konsep yang terpisah. Aspek biologi tidak selari dengan psikologi malah terpisah dari konteks sosial. Kerana itu maka terlahir insan dan manusia yang tidak punya nilai yang konsisten. Percanggahan identiti dan krisis nilai yang berlaku menjadikan keadaan semakin tidak terkawal dan mengundang pelbagai konflik.

Bagaimana mahu membentuk ´basyar´, ´insan´ dan ´al-nas´ secara tersusun walaupun Allah s.w.t sendiri menyatakan sifat manusia itu sentiasa bersemuka dengan yang baik dan buruk iaitu manusia mempunyai predisposisi negatif dan positif?

Firman Allah dalam surah Al-Sajdah yang bermaksud;
“Tuhan yang membuat segala sesuatu yang diciptakan dengan sebaik-baiknya dan yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menciptakan keturunannya daripada saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalam tubuhnya akan roh ciptaan-Nya”.



Allah s.w.t menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan. Hal yang membezakan manusia dengan ciptaan yang lain ialah akal. Dengan akal, tuhan membiarkan manusia berfikir dan menilai antara yang baik dengan yang buruk.

Islam sebagai agama yang paling sempurna menjanjikan syurga kepada umatnya yang taat dan beriman kepada Allah s.w.t. Ganjaran pahala dan syurga yang dijanjikan mudah digapai jika umat Islam menurut apa yang diperintahkan dan menghindar apa yang dilarang.

Namun, semua itu tidak menjanjikan umat Islam menggunakan akal sebaiknya. Ramai yang tersungkur dan gagal dalam perjalanan menggapai syurga yang dijanjikan. Mengapa hal ini boleh berlaku sedangkan Islam dari aspek penyampaiannya amat jelas kepada umat Islam iaitu setiap perkara yang buruk itu ada balasannya.
Mungkin juga hal ini boleh dikaitkan dengan peristiwa semasa Allah s.w.t meminta syaitan sujud kepada Adam. Syaitan enggan kerana merasakan Adam yang dicipta daripada tanah lebih rendah tarafnya daripada syaitan yang dicipta daripada api.

Surah al-A´araf, ayat 14-16 menjelaskan;
“Iblis menjawab: “Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan”. Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh” .Iblis menjawab: “Kerana Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.”

Melihat dendam dan keazaman sang syaitan mahu menyesatkan manusia, manusia harus sedar peranan yang perlu dimainkan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Tanpa iman yang kukuh, syaitan dan iblis dengan mudah menunaikan sumpah mereka untuk menyesatkan umat manusia yang beragama Islam.

Mendidik Manusia Sedari Awal Pembentukannya.

Terlalu kerap kita mendengar ungkapan ‘anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya’. Begitu juga ungkapan lama seperti ‘bapa borek anak rintik’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya´, ´bagaimana contoh begitulah gubahannya´, ´bagaimana ditanam, begitulah dituai´, ´bagaimana rupa begitulah bayangnya´, dan banyak lagi. Ungkapan pepatah dan peribahasa lama ini dengan jelas menyatakan bahawa bagaimana kita mendidik si cilik, begitulah nanti dewasanya si cilik dengan didikan kita.


Ungkapan itu juga menjelaskan betapa didikan yang pelbagai untuk anak-anak bakal memanusiakan mereka atau menjadikan mereka bukan manusia. Istilah memanusiakan anak-anak memerlukan kefahaman yang tinggi bukan sahaja dari sudut material malahan paling penting kefahaman dari aspek mental.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”
Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Firman Allah s.w.t melalui surah al-A’raaf ayat 58 bermaksud;
“Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut…”

Meninjau kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?”. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat oleh ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.
Dalami juga nasihat-nasihat berguna Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika mereka sedang dalam sebuah perjalanan yang jauh. Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang miskin, namun telah mengayakan anaknya dengan nasihat-nasihat yang berguna sehingga nasihat beliau diwahyukan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran dan menjadi sebahagian ilmu yang berguna kepada umat Islam hari ini.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud;
“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah lama Melayu di atas iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ini bermakna tugas ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia.

Peranan Ibu Bapa

Setiap insan yang berpasangan pasti mengimpikan agar dikurniakan anak-anak bukan sahaja sebagai penyeri rumah tangga malah terlebih tepat sebagai penyambung zuriat dan keturunan. Menyedari hakikat ibu bapa sebagai pemegang amanah, mereka harus memainkan peranan dengan baik dan konsisten.



Terdapat pelbagai jenis buku ditulis bagi memberi panduan kepada ibu bapa dalam menghadapi dunia keibubapaan. Sedari penjagaan bayi dalam kandungan, menamakan bayi dengan nama yang baik, panduan penjagaan bayi selepas dilahirkan sehingga bayi berusia akil baligh, serta panduan bagi psikologi ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Tidak terlupakan juga banyak bengkel dan seminar-seminar diadakan untuk ibu bapa menangani konflik dalam penjagaan anak-anak. Pelbagai medium terutama medium berbentuk teknologi dan ciptaan moden diwujudkan bagi membantu ibu bapa memainkan peranan sebaiknya dalam usaha memanusiakan anak-anak mereka.

Al-Quran sendiri memainkan tanggungjawab yang besar dalam mengingatkan ibu bapa tentang peranan mereka mendidik anak. Begitu juga peranan anak terhadap ibu bapa serta hubungan baik sesama manusia.
Kelalaian ibu bapa tidak harus digaduhkan atau dipanjang-panjangkan. Terutama apabila si anak melakukan sesuatu yang tidak baik. Ungkapan ‘bukan salah ibu mengandung’ seringkali diluahkan oleh ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Memang bukan salah ibu mengandung sehingga terlahir anak yang begitu atau begini. Namun, kesilapan kecil ibu bapa dan kelekaan yang mereka lakukan tidak harus diambil ringan dan dilupakan begitu sahaja.

Antara kelekaan ibu bapa yang sering berlaku adalah ;

1. Kurang berdoa semasa mengandung dan membesarkan anak. Banyak doa yang boleh diamalkan seperti doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya.

2. Memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi). Biasanya ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menakut-nakutkan anak dengan sesuatu agar anak mendengar kata-kata mereka. Antara perkara tarhib yang mereka gunakan ialah menakutkan anak dengan hantu, binatang yang berbisa dan sebagainya.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak iaitu tidak mendisiplinkan anak-anak dengan hukum agama terutamanya solat dan aurat sejak mereka kecil.

4. Menegur anak secara negatif dengan menggunakan kata-kata yang kasar dan menjatuhkan maruah mereka. Hal ini harus dielakkan kerana kata-kata ibu dan bapa merupakan doa buat anak mereka.

5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.

6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak seperti menghabiskan masa yang berkualiti untuk anak-anak kerana sibuk bekerja.

7. Penampilan diri ibu bapa yang tidak manis untuk anak-anak. Walaupun punya talian darah, etika berpakaian tetap harus dijaga dan batas pandangan antara anak dan ibu bapa harus dipelihara.

8. Institusi kekeluargaan yang tidak harmoni menyumbang peribadi yang tidak seimbang dalam jiwa anak-anak.

9. Tidak mengawasi aktiviti anak-anak. Ibu bapa tidak mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah, rancangan yang ditonton di televisyen dan sebagainya.

10. Memberi tanggungjawab memelihara anak kepada pembantu rumah sedangkan ibu bapa telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk memelihara dan mendidik anak-anak.

Melihat kepada beberapa kelekaan yang telah dilakukan oleh ibu bapa masa kini, jika tidak ditangani, tidak mustahil setiap hari kita akan membaca berita tentang tingkah laku anak-anak yang tidak masuk akal.

Selalunya anak-anak yang menerima pendidikan dan persekitaran yang tidak baik akan menunjukkan sikap sebenar mereka apabila mereka berada di alam persekolahan atau meninjak usia remaja. Tidak hairan, kebanyakan kes jenayah melibatkan usia remaja. Ini termasuklah anak-anak remaja yang terlibat dalam kes mencuri, mencederakan orang lain, dadah, seks rambang, pembuangan anak dan paling memilukan jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya.

Apabila membaca berita begini, terlintas di fikiran kita tentang pengaruh-pengaruh luar yang menyebabkan anak-anak menjadi liar dan tidak terkawal. Ya, pengaruh dari persekitaran memang tidak dapat dihalang. Namun, Seperti yang diberitakan sejak awal bahawa keikhlasan menjalankan amanah sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan membantu mereka menggunakan akal dalam menerima atau menolak pengaruh yang mendatangi mereka.

Anak-anak umpama kain putih. Ibu bapa adalah pencoraknya. Apabila anak-anak dewasa, mereka akan cuba mengubah atau menokok tambah corak yang telah dilakarkan. Jika corak yang dilukis sedari awal oleh ibu bapa merupakan corak kelekaan, maka apabila si anak dewasa, corak kelekaan itu akan merugikan anak-anak kecuali anak tersebut bijak berfikir dan mencorakkan sendiri kehidupan mereka dengan corak yang bermakna.

Membentuk manusia bukan dengan menghantarnya ke sekolah semata-mata. Setinggi atau selama mana manusia bersekolah, tidak akan mampu mengubah sikap buruknya jika akar umbinya iaitu iman tidak ditanam sedari kecil. Malah sedari awal pembentukan manusia di dalam rahim ibu, manusia di sekelilingnya terutama ibu bapanya harus mencorak diri mereka dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Dengan demikian, generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsanya dan agamanya.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Mama

Di Karang Oleh Farhan Rais

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t 

Mama dengan adik kesayanganku @ anak manja mama.heheh

Apa khabar semua pengunjung yang di rahmati Allah s.w.t sekalian. Moga semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t sepenuhnya. Mungkin semua sahabat-sahabt kini sedang sibuk membuat persiapan sempena menyambut hari ibu esok hari kan? Esok tanggal 8 Mei 2011 seperti mana yang kita semua telah maklum telah di tetapkan bagi kita untuk menyambut kedatangan hari Ibu.

Mungkin di kalangan kita masih lagi menggunakan amalan ni untuk menyambut kedatangan hari ini. Hari yang boleh di katakan juga hari yang besar bagi kita. Emmm tak dapat nak bayangkan betapa bangganya para ibu yang ada di dunia ini kini. Tapi adakah apa yang saya katakan ini semuanya berlaku kepada para ibu yang ada di dunia ni? Mungkin hanya segelintir sahaja yang dapat merasakannya. Para ibu yang di tinggalkan di rumah-rumah kebajikan berkemungkinan ketinggalan untuk merasai nikmat ini. Nikmat balasan kasih sayang dari seorang anak terhadap ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkannya.
Sayu pula rasa hati saya kali ni bila mengenangkan akan hal tersebut. Macam manalah agaknya perasaan ibu-ibu yang di tinggalkan begitu sahaja oleh anak-anak mereka yang tidak punyai perasaan tanggungjawab sepenuhnya itu. Allah~~ 

Bukan itu sepatutnya balasan yang mereka perolehi setelah pengorbanan dan penat lelah yang mereka korbankan selama mendidik kita. Pernah juga saya mendengar kata-kata dari seorang sahabat. Dahulu sewaktu ibu membesarkan kami adik beradik, berbekalkan dari gaji harian ibu sebanyak RM 600 cukup untuk menampung makan minum belanja pakai kami semua. Tapi kini apa yang dapat kita lihat sekarang, anak-anak yang bergaji melebihi dari apa yang ibu perolehi dahulu tak dapat anak-anak melakukan seperti mana yang ibu lakukan pada anak-anaknya. Silap-silap si ibu itu pula malah di singkirkan dari ahli keluarganya. Allah sedinya bila mengenangkan hal ini.

Memang betullah apa yang di kata oleh Doktor kuliah saya pagi tadi. Ibu kalau setakat nak jaga 10 orang anak pun mungkin masih mampu lagi dia lakukan, tetapi bagi 10 orang anak itu masih belum tentu lagi akan ada yang mampu untuk menjaga seorang ibu tersebut. Allah~~ sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing untuk kali ini.

Kenangan terindah. Masa balik cuti krisis di Mesir hari tu. Melawat Muzium Kedah dengan Mama..Miss u Mama :(
Bila saja mendengar kata-kata dari doktor saya pagi tadi terus mengalir air mata jantan saya ini. Yelah macam mana tidak mengalir, hati anak yang jauh di perantauan merindui ibu yang tiada di sisi. Selepas pulang sahaj dari kuliah tengah hari tadi terus saya menggagahkan diri untuk menghantar mesej ucapan selamat hari ibu buat mama yang saya rindui. Malangnya pagi tadi hubungan terputus seketika menyebabkan saya tidak dapat untuk menghantar mesej tersebut. Tak apalah, mungkin ini dugaan. InsyaAllah esok pagi akan saya mesej kepada mama saya.

Apa-apa pun yang saya harapkan buat semua anak-anak yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka sepenuhnya. Utamakanlah mereka dari yang lain. Ibu adalah anugerah Allah yang tak ternilai yang mungkin tidak ada tolok bandingannya. Ingatlah selalunya anugerah yang ingin Allah berikan ini bukan selalu seperti sediakala kita akan perolehinya. Mungkin yang datang sekali itulah yang sangat-sangat bermakna buat kita dan susah untuk kita perolehinya kali kedua. Jadi, hargailah ibu anda sepenuhnya. Luangkan masa sebolehnya dengan mereka. Air mata ibu adalah harta yang paling bernilai, biarkanlah ia mengalir kerana kegembiraan, dan jangan sesekali biarkan ia mengalir kerana kekecewaan. Lot's of love just for u my Mama

Lagu untuk Mama : Ibu - Haddad Alwi Feat Farhan (Sangat tersentuh bila dengar lagu ni....huhuh)



Selamat Hari Mama buat Mama tersayang..Miss You so Much
Ikhlas dari anakmu di perantauan.

p/s : hari-hari adalah hari ibu 

Friday, May 6, 2011

Keutamaan Hijab

Di Karang Oleh Farhan Rais

بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t 

Sesungguhnya seorang wanita muslimah akan menemukan dalam hukum Islam perhatian yang sangat tinggi terhadap dirinya, agar dapat menjaga kesuciannya, menjadi wanita mulia dan memiliki kedudukan yang tinggi. Dan syarat-syarat yang diwajibkan pada pakaian dan perhiasannya tidak lain adalah untuk mencegah kerusakan yang timbul akibat tabarruj (berhias diri). Inipun bukan untuk mengekang kebebasannya akan tetapi sebagai pelindung baginya agar tidak tergelincir pada lumpur kehinaan atau menjadi sorotan mata. 
 
Keutamaan Hijab

Hijab itu adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
 
Allah SWT telah mewajibkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya berdasarkan firman Allah SWT:

} وَمَا كَانَ لمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ إذاَ قَضَى اللهُ وَرَسُولُهُ أمْرًا أنْ يَكُونَ لهُمُ الخِيَرَةُ مِنْ أمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً مُبِينًا {

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu’min dan tidak pula bagi perempuan yang mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S. Al-Ahzab: 36)

Allah SWT juga memerintahkan kaum wanita untuk menggunakan hijab sebagaimana firman Allah SWT:

} وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا {

“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31)

Allah SWT berfirman:

} وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى {

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33)

Allah SWT berfirman:

} وَإذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ {

“Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 53)

Allah SWT berfirman:

} يَا أيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ المُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيبِهِنَّ {

“Hai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu’min: “Hendaklah mereka menlabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)

Rasulullah SAW bersabda: “Wanita itu aurat” maksudnya adalah bahwa ia harus menutupi tubuhnya.
 
Hijab itu ‘iffah (menahan diri dari maksiat).

Allah SWT menjadikan kewajiban menggunakan hijab sebagai tanda ‘Iffah (menahan diri dari maksiat).

Allah SWT berfirman:

} ياَ أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ المُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أدْنَى أنْ يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ {

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)

Itu karena mereka menutupi tubuh mereka untuk menghindari dan menahan diri dari perbuatan jelek (dosa), “karena itu mereka tidak diganggu”. Maka orang-orang fasik tidak akan mengganggu mereka. Dan pada firman Allah “karena itu mereka tidak diganggu” sebagai isyarat bahwa mengetahui keindahan tubuh wanita adalah suatu bentuk gangguan berupa fitnah dan kejahatan bagi mereka.
 
 
Hijab itu kesucian


Allah SWT berfirman:

} وَإذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ {

“Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 53)

Allah SWT mensifatkan hijab sebagai kesucian bagi hati orang-orang mu’min, laki-laki mahupun perempuan. Kerana mata bila tidak melihat maka hatipun tidak berhasrat. Pada saat seperti ini, maka hati yang tidak melihat akan lebih suci. Ketiadaan fitnah pada saat itu lebih nampak, kerana hijab itu menghancurkan keinginan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya, Allah SWT berfirman:

} فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ {

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.” (Q.S. Al-Ahzab: 32)

Hijab itu pelindung
 
Rasulullah SAW bersabda:

((إنَّ اللهَ حَيِيٌّ سَتِيرٌ يُحِبُّ الحَيَاءَ وَالسِّتْرَ))

“Sesungguhnya Allah itu Malu dan Melindungi serta Menyukai rasa malu dan perlindungan”

Sabda beliau yang lain:

(( أيَّمَا اِمْرَأَةٍ نَزَعَتْ ثِيَابَهَا في غَيْرِ بَيْتِهَا خَرَقَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا سِتْرَهُ))

“Siapa saja di antara wanita yang melepaskan pakaiannya di selain rumahnya, maka Allah Azza wa Jalla telah mengoyak perlindungan rumah itu dari padanya.”

Jadi balasannya setimpal dengan perbuatannya.

Hijab itu taqwa
 
Allah SWT berfirman:

} ياَ بَنِي آدَمَ قَدْ أنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ {

“Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Q.S. Al-A’raaf: 26)

Hijab itu iman
 
Allah SWT tidak berfirman kecuali kepada wanita-wanita beriman: “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman.” (Q.S. An-Nur: 31). Allah SWT juga berfirman: “Dan isteri-isteri orang beriman.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)

Dan ketika wanita-wanita dari Bani Tamim menemui Ummul Mu’minin, Aisyah ra dengan pakaian tipis, beliau berkata: “Jika kalian wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahwa ini bukanlah pakaian wanita-wanita beriman, dan jika kalian bukan wanita beriman, maka silakan nikmati pakaian itu.”
 
Hijab itu haya’ (rasa malu)
 
Rasulullah SAW bersabda:

((إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاءُ))

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”

Sabda beliau yang lain:

“Malu itu adalah bahagian dari iman dan iman itu di syurga.”

Sabda Rasul yang lain:

((الحَيَاءُ وَالإيمَانُ قُرِنَا جَمِيعًا ، فَإنْ رُفِعَ أحَدُهُمَا رُفِعَ الآخَرُ))

“Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila salah satunya di angkat maka yang lain pun akan terangkat.”
 
Hijab itu ghirah (perasaan cemburu)
 
Hijab itu selaras dengan perasaan cemburu yang merupakan fitrah seorang laki-laki sempurna yang tidak senang dengan pandangan-pandangan khianat yang tertuju kepada isteri dan anak wanitanya. Berapa banyak peperangan terjadi pada masa Jahiliyah dan masa Islam akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatannya. Ali bin Abi Thalib ra berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa wanita-wanita kalian berdesak-desakan dengan laki-laki kafir orang ‘ajam (non Arab) di pasar-pasar, tidakkah kalian merasa cemburu? Sesungguhnya tidak ada kebaikan pada seseorang yang tidak memiliki perasaan cemburu.”

p/s : Tutuplah auratmu sebelum auratmu di tutupkan

Tuesday, May 3, 2011

Download Movie : Dalam Mihrab Cinta (2010) DVDRip MKV

Di Karang Oleh Farhan Rais

بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah penantian yang di tunggu selama ini. Dah lama mencari akhirnya jumpa juga. Sebuah filem Islamik yang menarik di tonton. Dalam Mihrab Cinta hasil karya dari novelis terkenal Kang Abik @  Habiburrahman El Shirazy yang sebelumnya terkenal dengan dua buah novel yang terhangat di pasaran iaitu "Ayat-ayat cinta" & "Ketika Cinta Bertasbih". Dari kejayaan dua buah filem yang di hasilkan dari karya novel beliau yang tersenarai dalam Kotak Pejabat (Box Office) itu kini percubaan yang berani dari beliau dan kru-krunya untuk mengahsilkan filem yang ketiga hasil dari karya beliau sendiri. Dalam Mihrab Cinta. Jom layan bersama-sama. Saya sertakan plot cerita bersama di bawah ini beserta dengan link untuk men'download' filem ini. Layan....zasssssss

MEDIAFIRE!!!

PASSWORD: frantesi.blogspot.com

Part 1 > http://www.mediafire.com/?vo9sz6hcx2yyjtr
Part 2 > http://www.mediafire.com/?3s3e7b7tb66e6re

OST Mihrab Cinta - Afgan(Dalam Mihrab Cinta)> PLAY / DOWNLOAD
OST Mihrab Cinta - Dude Herlino feat Asmirandah(Bunga bunga cinta)> PLAY / DOWNLOAD

Sinopsis:

Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren.Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang sebelumnya pernah menolong Syamsul saat dia dijambret di kereta.

Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren.Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang pencopet sungguhan, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.

Di tengah semua masalah dan kekacauan dalam hidupnya ini, Syamsul masih tetap diberikan jalan oleh Tuhan untuk melakukan tobat.Dia dipertemukan kembali dengan seorang gadis soleha bernama Sylvie (Asmirandah), dan dari sini kehidupannya berubah.Syamsul berhasil menjadi seorang guru ngaji dan belum lama ini dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang Ustad pengisi acara dalam sebuah acara televisi swasta, kepercayaan orang-orang terhadap dirinya pun sudah mulai pulih perlahan-lahan.

Apakah ini semua berarti Syamsul berjodoh dengan Sylvie yang telah mengubah hidupnya ? ataukah Zizi cinta pertamanya yang sempat kandas ? 

Jom sama-sama kita saksikan kesudahannya... 

Credit to : http://frantesi.blogspot.com/2011/04/dalam-mihrab-cinta-2010-vcdrip.html

Sunday, May 1, 2011

Lirik Lagu HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy

Di Karang Oleh Farhan Rais

بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t 
Alhamdulillah baru beberapa detik yang lepas Allah s.w.t telah mengizinkan kepada saya untuk menonton Medan Imam Muda musim kedua. Nampak gayanya peserta-peserta musim ni bila di perhatikan masing-masing hebat-hebat belaka. Sedang asyik menonton minggu pertama ni tiba-tiba pula hati ini tergerak untuk mencari lirik lagu tema Imam Muda musim kedua ni.Mungkin posting saya kali ini agak terkebelakang sedikit. Al-maklumlah kemudahan internet di tempat saya ni bukannya baik sangat. Ini pun Alhamdulillah dah kembali pulih seperti sediakala (macam orang sakit la pulak). Sebelum saya meneruskan perjalanan yang agak melencong sedikit ni lebih baik di teruskan tentang posting saya kali ni. Melihat kepada apa yang saya nampak sekarang ini. Gayanya seperti penerimaan masyarakat terhadap rancangan-rancangan sebegini makin memberangsangkan Alhamdulillah. Mau tidaknya hinggakan artis @ penulis lirik lagu yang mungkin semua kenali pun tergerak hatinya untuk mencipta lagu tema untuk musim kedua rancangan Imam Muda ni. Berita lanjut boleh Klik Sini...(Ya di sini jangan klik kat lain plak) 


Ok untuk nampak lagi jelas lagi kat bawah ini saya sertakan sekali video dari Youtube  mengenai lagu ini. 


Ok jom kita dengar sambil menghayati bersama lirik lagunya...

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Nailah binti al-Farafishah

Di Karang Oleh Farhan Rais

بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt..

Lama x updated Blog. Alhamdulillah malam ni tergerak pulak hati ni nak ushar blog berkaitan srikandi Islam. Dok baca dan baca,tetiba terbaca entry berkaitan seorang srikandi Islam yang buat saya kagum dan terpaku.Jujur,saya sendiri tidak tahu riwayat hidup isteri khalifah Uthman bin Affan sepenuhnya. Sangat kagum dengan pendirian nya,Pendirian nya.. Yah!.. Terkesan pula di hati ni,dengan semangat dan kesetiannya terhadap suaminya. Seorang wanita yang berumur 18 tahun berkahwin dengan lelaki berumur 81 tahun.Jauhnya perbezaan kan.Tiada yang mustahil perisitiwa dan kejadian macam ni berlaku pada zaman ni. Tapi,adakah disebabkan AGAMA nya?? HARTA banyak,x kesahlah umur berapa pun,aku sanggup..itu kata perempuan lah.. HUHU ( x semua kan)

NAILAH AL-FARAFISHAH ( Yang Suka Memberi )




Nailah binti al-Farafishah adalah isteri Khalifah Uthman bin Affan. Saat itu Uthman bin Affan, menyambut Isteri terakhirnya, pada saat ia berusia 81 tahun sedangkan Nailah berusia 18 tahun.
Tanya Uthman.
“Apakah engkau tak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?”  

Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :
“saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.”

Jawab Uthman :
“Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?”
Nailah tersenyum dan berkata :
” Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.” 
Nailah terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai. Bijak dalam bermadah, juga arif menyusun kata indah.Bahkan suaminya sendiri memujinya..
“Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.” Subhanallah! 

Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Uthman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah dalam bidang sastera. Kerana cintanya, Uthman sangat suka untuk memberikan hadiah kepada istrinya itu. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Maryan binti Ustman.Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.



Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,orang yang tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yang mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yang ikal.Khalifah menegurnya

"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".

Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yang penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain. Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad hendak memotong kepala Khalifah, badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak. Ketika Uthman terbunuh, Nailah berkata,

 “Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”


Sesudah pembunuhan itu,tidak seorang pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.


Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :

"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah". 

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun  telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya : 

"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?". 

Lalu Nailah menjawab :

"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya..



p/s :
-cinta nya bukan kerana HARTA.. Setianya kerana kasih dan cinta nya padaNYA..
-Rasa-rasa.. ada lagi tak wanita semacam nie ek??? Kagum..

Sharing Is Caring...

back to top