Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua pengunjung, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Paparan terbaik dari blog ini hanya dengan menggunakan browser Firefox.Terima kasih sudi ziarah.Sila Datang Lagi

Friday, April 29, 2011

Usaha membetul diri

Di Karang Oleh Farhan Rais

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung yang saya kasihi sekalian. Dalam menempuh hidup kita sehari-hari kita semua mungkin tak akan lari dari melakukan kesilapan. Dan terkadang kesilapan itu jugalah yang dapat memperbetulkan diri kita. Sudah menjadi lumrah makhluk yang di ciptakan Allah ini kita adalah hamba-Nya yang dhaif dan lemah dari segala segi tindak tanduk kita. Dari kita silap itulah yang akan membangkitkan kita semula. Dengan cara yang akan saya kongsikan di bawah ini di harap semua pengunjung yang saya cintai dan kasihi dapat sama-sama berusaha memperbetulkan diri kita dan sentiasa melakukan muhasabah supaya diri kita selain menjadi insan yang berjaya kita juga mendapat keredhaan dari Allah s.w.t


Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.

  المشارطة
Musyarathah: Kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu di antara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.

المراقبة
Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan, kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.

المحاسبة
Muhasabah: Kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.

Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.

Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan agendanya yang teratur, bagi ilmuan masa kini dikenali sebagai perancangan, bagi ilmuan terdahulu disebut sebagai al-Musyaratah.

Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini: “Akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapan yang telah digariskan, diletakkan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pegangan di dalam melalui jalan itu”.

Semoga dengan segala apa yang di sebut atas ni bolehlah kita sama-sama lakukan untuk merubah diri kita ke arah yang lebih gemilang dan terbilang di sisi Allah s.w.t selaku Khalik kita yang satu insyaAllah.

Ustaz Mahyudin bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan
ISMA Johor 


Sumber : ISMAWeb 


0 comments:

Post a Comment

Sharing Is Caring...

back to top