بسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar pada hari ini? Dah lama agaknya saya tida men'update' blog saya ni. Dengan sibuk mengharungi peperangan dalam imtihan selama sebulan yang lepas. Membuatkan saya sibuk dan tidak berkesempatan untuk meng'update' blog saya ni. Dan sekarang alhamdulillah imtihan dah habis hanya tiba menunggu masa untuk natijahnya sahaja. Mohon doanya dari semua pengunjung blog ini untuk mendoakan semoga saya Lulus tahun ni dan dapat pulang ke tanah air untuk menunaikan tanggungjawab saya seterusnya selaku anak kepada kedua orang tua saya pula. Sedar tak sedar dah hampir setahun sudah Ramdhan tahun lepas meninggalkan kita dan tak lama lagi lebih kurang lagi seminggu Madrasah Ramadhan yang di rindui bakal menjenguk kita sekali lagi.
Ramadhan, sebut sahaja mengenai bulan ini semua kita selaku umat Islam mengetahuinya. Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kemuliaaan atau juga di sebut sebagai bulan mendidik hawa nafsu. Kalau di negara arab selalunya mereka akan menyebut sebagai 'Madrasah Ramadhan' (Sekolah Ramadhan). pada bulan Ramadhan ini sebenarnya selain menjadi bulan puasa, ia adalah bulan Quran dan doa.
Doa dikaitkan dengan ciri kehambaan.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)
Allah menjelaskan hal doa selepas puasa dan Quran dalam Surah al-Baqarah. Allah menggunakan istilah 'hambaKu' dalam ayat ini, menjelaskan bahawa jika seseorang itu berdoa, ia akan dekat dengan ciri seorang hamba:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)
Apakah natijah doa? Kalau puasa melahirkan taqwa, doa melahirkan kemampuan untuk berada pada jalan yang baik dan betul. Setiap detik langkah mendapat petunjuk atau irshad daripada Allah. Individu yang jarang berdoa akan mempunyai kemampuan menaakul permasalahan hidup yang tumpul.
Moga Ramadhan tahun ini meningkatkan TAQWA, SYUKUR dan IRSHAD dalam diri kita. Allahumma Amin
Ramadhan Kareem..Allahuakram
0 comments:
Post a Comment