Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua pengunjung, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Paparan terbaik dari blog ini hanya dengan menggunakan browser Firefox.Terima kasih sudi ziarah.Sila Datang Lagi

Friday, April 29, 2011

10 buah Masjid yang tertua di dunia

Di Karang Oleh Farhan Rais

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t 

Buat semua pengunjung yang di rahmati Allah sekalian. Sempena dengan hari jumaat yang mulia ini ingin sekali saya kongsikan di sini serba sedikit gambar-gambar masjid yang telah lama di bina di dunia ini. Masjid yang gah tersergam di seluruh pelusuk dunia membuktikan bahawa umat Islam masih lagi ramai berada di bumi Allah s.w.t ini. Dan masjid-masjid ini juga bukan sahaja setakat tersergam indah bahkan ianya masih lagi di penuhi oleh jemaah-jemaah yang masih tamakkan pahala untuk saham akhirat mereka.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." [At-Taubah: 18]

Dalam surah yang sama di ayat yang ke 108, Firman Allah: "... Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih." [At-Taubah: 108]

01. Masjid Quba , Saudi Arabia


Mula Di bina: 622

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah s.a.w. Rasulullah  s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t. Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.

 
02. Al-Masjid al-Nabawi, Saudi Arabia

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula Di bina: 622
Masjid an-Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

03. Masjid Qiblatain, Saudi Arabia

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula Di bina: 623
 Masjid Qiblatain (ertinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. Masjid ini mula-mula dikenal dengan nama Masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universiti Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah.
04. Jawatha Mosque , Saudi Arabia

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 629
Masjid Jawatha (juga di sebut dengan nama a-jawana) terletak di perkampungan Al-Kilabiyah, sekitar 12km laut Hofuf Al-Ahsa, Arab Saudi. Ia antara merupakan Masjid terawal yang di bangunkan di Timur Arab dan sebahagian besar struktur asalnya telah runtuh. Walaubagaimanapun, tempat ini masih di gunakan untuk berdoa.

05. Masjid al-Haram, Saudi Arabia

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 638
Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.
06. Great Mosque of Kufa , Iraq

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 639
Masjid agung kufah, atau Masjid al-kufah, atau Masjid-al-azam terletak di Kufah, Iraq, merupakan salah satu masjid paling awal dalam Islam. Dibangun pada abad ke-7, berisi sisa-sisa muslim ibn ‘Aqil – sepupu pertama dari Husain bin’ Ali, rakan Haniya ibn ‘Urwa, dan Mukhtar al-Thaqafi.

07. Mosque of Uqba , Tunisia

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 670
Masjid Uqba, juga dikenali sebagai masjid agung Kairouan, merupakan salah satu masjid paling penting di Tunisia, terletak di kota warisan dunia Unesco Kairouan.
08. Imam Hussain Mosque, Iraq

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 680
Ali bin Husain vihara ‘adalah sebuah tempat suci syiah Islam di Kota Karbala, Iraq. Ia berdiri di lokasi makam Ali, cucu kedua nabi Muhammad s.a.w, dekat tempat di mana ia terbunuh selama pertempuran Karbala pada 680 masehi makam Husain bin ‘Ali bin Husain adalah salah satu tempat suci untuk syiah ‘sebagai luar mekah dan madinah, dan banyak berziarah ke situ. Setiap tahun, jutaan peziarah mengunjungi kota untuk mengamati ‘asyura, yang menandai ulang tahun kewafatan Husain bin’ Ali .

09. Al-Aqsa Mosque, Jerusalem

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 705
Masjid Al-Aqsa , adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.
Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya. Masjid ini ditadbir oleh pihak Wakaf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.

10. Al-Zaytuna Mosque, Tunisia

Top 10 Oldest Mosques in the World
Mula di bina: 709
  
Masjid Al-Zaytuna, atau Ez-Zitouna atau Ezzitouna masjid adalah sebuah masjid besar di Tunisia, terletak berhampiran pantai utara afrika.

Usaha membetul diri

Di Karang Oleh Farhan Rais

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung yang saya kasihi sekalian. Dalam menempuh hidup kita sehari-hari kita semua mungkin tak akan lari dari melakukan kesilapan. Dan terkadang kesilapan itu jugalah yang dapat memperbetulkan diri kita. Sudah menjadi lumrah makhluk yang di ciptakan Allah ini kita adalah hamba-Nya yang dhaif dan lemah dari segala segi tindak tanduk kita. Dari kita silap itulah yang akan membangkitkan kita semula. Dengan cara yang akan saya kongsikan di bawah ini di harap semua pengunjung yang saya cintai dan kasihi dapat sama-sama berusaha memperbetulkan diri kita dan sentiasa melakukan muhasabah supaya diri kita selain menjadi insan yang berjaya kita juga mendapat keredhaan dari Allah s.w.t


Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.

  المشارطة
Musyarathah: Kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu di antara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.

المراقبة
Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan, kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.

المحاسبة
Muhasabah: Kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.

Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.

Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan agendanya yang teratur, bagi ilmuan masa kini dikenali sebagai perancangan, bagi ilmuan terdahulu disebut sebagai al-Musyaratah.

Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini: “Akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapan yang telah digariskan, diletakkan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pegangan di dalam melalui jalan itu”.

Semoga dengan segala apa yang di sebut atas ni bolehlah kita sama-sama lakukan untuk merubah diri kita ke arah yang lebih gemilang dan terbilang di sisi Allah s.w.t selaku Khalik kita yang satu insyaAllah.

Ustaz Mahyudin bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan
ISMA Johor 


Sumber : ISMAWeb 


Thursday, April 28, 2011

Malas punca kegagalan

Di Karang Oleh Farhan Rais


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung yang di rahmati Allah s.w.t sekalian.

DALAM menempuh hidup yang serba mencabar, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita yang akan ketinggalan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan. Antaranya tidak mempunyai tujuan hidup, kurangnya keyakinan, tidak berdisiplin dan tidak berani mengambil risiko.

Namun, faktor utama mungkin boleh dikaitkan dengan sifat malas. Perasaan itu wujud seiring dengan keengganan kita melakukan sesuatu tugas dan suka menunda kerja. Seterusnya, melarikan diri daripada kewajipan.

Implikasi yang diberikan oleh perasaan ini amat kuat. Apabila satu perasaan itu terdetik di hati secara langsungnya akan mempengaruhi fikiran dan fizikal kita. Keadaan ini akan menjadi teruk sekiranya rasa tersebut dilayan dalam jangka masa yang lama. Pengaruhnya amat kuat dalam memberi impak kepada kejayaan seseorang.

Keselesaan kita berada dalam sesuatu lingkungan atau zon membuatkan sukar untuk kita keluar melakukan perubahan. Seharusnya kita harus membuka mata dan melihat kerana motivasi itu ada di mana-mana sahaja.

Lihatlah pada kerajinan yang ditunjukkan oleh seorang pengutip sampah dan pemandu bas. Mereka sanggup melakukan kerja bertahap rendah kerana sudah tiada pilihan untuk melakukan tugas yang bertaraf hebat. Bukankah mereka lebih baik daripada golongan malas yang menunggu bulan jatuh ke riba?

Sehubungan itu, seorang individu yang masih dibuai perasaan malas harus mengaplikasikan faktor persekitaran mereka sebagai penyuntik motivasi.

Mungkin panduan yang disenaraikan ini mampu digunakan oleh remaja dan pekerja untuk terus menongkah arus perdana yang semakin sengit persaingannya.

1) Menetapkan tujuan: Orang malas tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai tujuan atau matlamat hidup yang nyata dan jelas. Keadaan ini hanya mengakibatkan kehidupan mereka terumbang-ambing dan menjadi pasif, seterusnya cenderung menyerahkannya kepada nasib. Dengan itu, kehidupan yang kita dijalani akan berasa bosan. Jika diamati, tujuan hidup ini mampu menyentuh emosi dan mencetuskan perasaan untuk berbuat sesuatu. Secara tidak langsung mendorong dan membakar semangat manusia agar berjaya. Setiap manusia yang diciptakan itu adalah unik sama ada dalam aspek minat, kecenderungan, kebolehan, cara berfikir dan bertindak. Sehubungan itu, tetapkan apa tujuan hidup anda dan mulakan langkah yang berani.

2) Berani hadapi ketakutan: Orang yang malas juga boleh dikaitkan dengan mereka yang takut menghadapi kegagalan. Ia disebabkan mereka berasa malu dan kurang keyakinan untuk mendepani masalah yang dihadapinya.

TANPA usaha meningkatkan produktiviti, tiada yang akan berubah dalam hidup. - Gambar hiasan.

Berani menghadapi risiko untuk meraih kejayaan dalam hidup adalah penting bagi setiap individu. Setiap perjuangan perlu disertai dengan risiko. Di saat anda dihantui perasaan cemas dan takut, seharusnya jangan melarikan diri tetapi menghadapi dengan tenang kerana kejayaannya mampu membangkitkan keyakinan diri. Gunakan masa silam kita sebagai guru paling berguna untuk mengubah kehidupan. Kata orang, alah bisa tegal biasa.

3) Meningkatkan kemampuan diri: Untuk terus memangkin kejayaan seharusnya kita perlu terus berlatih dan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Berada dalam keadaan yang sama hanya mengakibatkan produktiviti dan motivasi untuk berjaya semakin berkurang. Belajar adalah kunci untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya kita terus tekun, secara langsung kemampuan kita juga akan meningkat. Semangat ketekunan itu boleh terus membara jika anda menyemat dalam fikiran dengan kata-kata 'saya ingin dan mahukan perkara tersebut'. Contohnya, jika kita ingin menjadi perunding cara, maka fokuskan kelakuan kita ke arah tersebut dengan mengasah kemampuan, mendiagnosis masalah, mencari penyebab, menganalisis, menyediakan jalan penyelesaian dan memperbaiki kemampuan berkomunikasi.

4) Disiplin diri: Disiplin melatih seseorang mengawal kelakuan mereka untuk berjaya. Ia menggabungkan sikap sabar, berorientasi matlamat dan tanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara yang perlu ada dalam pemikiran seseorang dalam mencapai tahap disiplin yang tinggi adalah kekuatan dalam melawan segala dugaan. Golongan berdisiplin adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang telah dibuat dalam diri mereka. Sikap begini secara langsung membina semangat kemahuan yang tinggi, pergorbanan, tumpuan, sikap terbuka dan mencabar minda mereka untuk mencapai apa yang diingini. 

5) Lingkungan positif: Jika perasaan malas mulai muncul dalam diri anda, jangan terus berdiam diri. Langkah terbaik dalam menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan menghampiri orang yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu. Dekati mereka yang sedang bekerja keras dalam merealisasikan impian mereka. Berada dalam lingkungan golongan yang mempunyai arah hidup, optimis dan motivasi diri secara tidak langsung akan menginspirasi dan menimbulkan semangat yang membuak-buak untuk terus berada dalam landasan yang betul.

P/S : "Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan."

*** Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad 3/113 , al-bukhari dalam Sahih 2823, Muslim dalam Sahih 2706, Abu Daud dalam al-Sunan 2/189, dan al-Nasai' 4/649.

Kemanisan Iman Itu...

Di Karang Oleh Farhan Rais

Kelazatan iman (Halawatul Iman) tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya.
Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih)

Anas berkata, “Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah.
Makna hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata:
“Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon,
seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.

Manisnya buah ketika buah sudah matang, dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu. Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita.

Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu. Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman.

Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan,
tetapi wajib dimantapkan dalam hati,
dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati.
Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas.

0faa7b183569c468848c8b43d770f608 d32opmm Kemanisan Iman Itu..
Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:

l Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
l Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.
l Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.
l Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.
l Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang soleh
l Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki sesiapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman. Cinta Allah dan Rasul-Nya adalah kayu ukur bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak dan seluruh manusia.

Suatu ketika Saidina Umar berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Anas juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal.

Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: “Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”

Seorang Daripada Pemain Import Liga Malaysia Mesti Dari Asean

Di Karang Oleh Farhan Rais

 Dalam kenangan..Gandingan terbaik Trio Import Pasukan Kedah. Dari kiri Marlon, Nelson, Hugging.Tahun depan siapa pula?? Kita tunggu dan lihat


PETALING JAYA, 28 April (Bernama) -- Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asean, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.

"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti," katanya kepada pemberita di Wisma FAM pada Khamis.
Annuar berkata penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif.

"Saya harap pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain asing untuk menunjukkan kualiti terbaik dan seterusnya menarik minat peminat bola sepak tempatan untuk meramaikan stadium seperti dahulu.

"Selain itu dari segi penyiaran, kita juga mahu menarik minat penonton Asean dan mempromosikan arena bola sepak negara," katanya.

FAM mula membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam Liga Malaysia dengan pengenalan Liga Semi Pro pada 1989 sebelum menamatkan khidmat mereka bermula musim 2009.

Annuar berkata pada aksi Liga Malaysia musim depan, FAM akan mengurangkan perlawanan Liga Super dengan hanya 12 pasukan beraksi berbanding 14 sekarang.

Beliau berkata FAM sedang merancang melakukan rombakan Liga Malaysia dan dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk meningkatkan tahap bola sepak negara.

Sumber : BERNAMA


p/s : Setelah FAM membuat keputusan mengejut pada Tahun 2009 dengan menghentikan khidmat pemain import yang ketika itu menjadi trio import Kedah kini keputusan itu di tarik balik tetapi dengan menggunakan khidmat lain pula. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat musim hadapan apa strategi terbaru dari coach WJWH pula untuk skuad HijauKuning...

Saturday, April 23, 2011

Kerana dirimu begitu berharga

Di Karang Oleh Farhan Rais

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Buat semua pengunjung yang di rahmati Allah sekalian terutama adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik dan akhawat-akhawat sekalian. Ni ada sikit pengumuman yang ingin saya berikan di sini. Tapi, cup kejap.Ada kena mengena apa sebenarnya tajuk posting saya kali ni dengan gambar di bawah ni ea? Kalau semua boleh tengok produk-produk kecantikan di bawah ni mesti semua tahu kan. Ada jugak kena mengenanya dengan tajuk posting saya kali ni. Yelah mau taknya, mesti semua kebanyakan dari kita pernah lihat iklan produk ini di kaca TV kan?? "Ala yang si Camelia yang jadi duta iklan ni tu.Ada kan dia sebut "kerana dirimu begitu berharga". Siapa yang tak pernah tengok "nampak bebenor nipunyer" hehe


Sebenarnya memang tiada kena mengena langsung gambar di atas ni dengan posting saya kali ni. Bukan tujuan saya sebenarnya untuk menjual produk kecantikan pada hari ni. Sekali lagi nak ingatkan, saya bukan salesman yang menjual produk kecantikan okey. Saya budak mentah yang masih belajar lagi. Yang sebenarnya posting  saya kali ini adalah sebuah peringatan ataupun orang arab sebut Tazkirah la senang nak sebut. Susah bebenor nak nyebutnye. Yang mana kita semua sudah sedia maklum bahawa sebuah peringatan tu amat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Kerana ini bukan saja di sebut oleh mulut saya sahaja bahkan Rasulullah s.a.w pun pernah menyatakan hal ini dalam hadis Baginda yang sahih.

Di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud : “Berpesan-pesan kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (isteri), kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang paling atasnya. Bila engkau paksakan untuk meluruskannya nescaya engkau akan membengkokkannya, namun bila engkau biarkan dia maka dia akan terus menerus bengkok. Kerana itu berpesan-pesanlah kalian dengan kebaikan terhadap para wanita (isteri).”

(HR. Bukhari dan Muslim)


Nah, jelaskan kat situ semua akhawat-akhawat yang seagama dengan saya. Jadi dengan cara dari menyambut seruan Baginda s.a.w yang mulia itu ingin sekali saya kongsikan disini dengan semua. Untuk yang lelaki pun boleh baca juga, mana nak tau kot-kot boleh la jugak pesan-pesan sama benda baik ni nanti dekat adik-adiknya ka, ibu-ibunya ka (eh silap, ibu seorang ja mana ada lebih,lain kalau bapanya kahwin 4 kan??hehe) ataupun yang paling penting untuk aweks-aweksnya ka (ni kalau ramai aweks ni mesti kes main kayu tiga ni..hukhuk). Dan yang terpaling penting sekali tentulah ingatan yang baik yang akan dia berikan untuk isterinya. :)

Antara kilauan permata dan debu-debu pasir. yang mana satukah anda pilih? Tentu ramai yang memilih permata kan? kerana ia sangat berharga dan tinggi martabatnya. Wanita seperi permata, diciptakan oleh Allah dengan 1001 kecantikan. Namun, kecantikan itu perlulah disimpan sebaik-baiknya kerana disitulah ukuran martabat seorang insan bergelar wanita. Wahai kaum Hawa,jangan biarkan diri dianggap seperti debu-debu pasir yang berkilau ketika dipanah sinaran matahari, biarpun cantik, ia dipijak begitu saja. Jagalah aurat dan kecantikanmu kerana ia sangat mahal dan jangan sesekali biarkan dirimu menjadi murah…


Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis.

Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra'kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka diseksa dengan sangat berat dan mengerikan.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api neraka,” kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.” Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Alangkah indahnya jika semua kaum Hawa tahu akan azab-azab yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak mengamalkan suruhan-Nya. Bukan hanya sekadar ‘tahu’, tapi juga berusaha untuk menjadi ‘cantik’ pada pandangan Allah.  Berusahalah untuk menjadi bidadari dan penghuni SyurgaNya… Usah biarkan diri menjadi ‘kayu-kayu api’ di neraka…


Jadi buat semua akhawat-akhawat yang seagama denganku, jagalah dirimu sebaik mungkin. Peliharalah segala nikmat kecantikan yang Allah berikan padamu. Jika indahnya akhlakmu maka indahlah dirimu. Kerana sesungguhnya nikmat itu tidak akan sesekali di perolehi oleh makhluk yang lain selain darimu yang bergelar wanita. Peliharakanlah dirimu sebaik mungkin


Kerana dirimu begitu berharga

Wan Jamak sah terima lamaran Kedah

Di Karang Oleh Farhan Rais

WAN Jamak Wan Hassan (gambar) hampir pasti menjadi pembimbing skuad Kedah yang baru menggantikan Ahmad Yusof apabila gimik penyertaan bekas jurulatih Negeri Sembilan ke dalam skuad Hijau Kuning berlangsung di Alor Setar hari ini.
 Majlis dijadual berlangsung pada pukul 5 petang, kurang empat jam sebelum sepak mula antara Kedah menentang Harimau Muda A pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu, pada majlis itu Wan Jamak akan diberikan sut skuad Kenari sebagai tanda menjadi sebahagian daripada anggota skuad Hijau Kuning.

"Wak Jamak juga dijadual menandatangani kontrak bersama Kedah pada majlis itu," katanya ketika ditemui Kosmo! di Alor Setar semalam.

Pada perlawanan Kedah menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, Wan Jamak turut berada di bangku penonton. Pada pertemuan keduadua pasukan itu sekali lagi, beliau dijadual turut berada di stadium.

Tambahnya, Wan Jamak dijadual memulakan tugas baharunya di Kedah sebagai ketua jurulatih awal minggu depan setelah proses pendaftarannya sebagai jawatankuasa dalam pasukan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai Isnin ini.

"KFA sudah membatalkan pendaftaran Ahmad selaku jurulatih Kedah kelmarin dan pendaftaran Wan Jamak akan dibuat Isnin ini," katanya.

Dalam pada itu, Wan Jamak yang sudah berada di bandar raya ini, enggan mengulas perkara tersebut dan menyerahkan perkara tersebut kepada pengurusan KFA.

"Biar KFA yang umum, itu lebih elok," katanya.

Pada 7 Mac lalu, Kedah merehatkan Ahmad selepas pasukan bimbingannya mengalami prestasi hambar dengan tugasannya diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.

Ahmad yang membimbing Kedah musim lalu membantu skuad Hijau Kuning muncul naib juara Piala FA dan berada di tangga kelima Liga Super.

Bagaimanapun, menerusi enam perlawanan awal musim ini, Kedah hanya menang satu perlawanan ke atas Felda United 1-0. Manakala seri tiga perlawanan tanpa jaringan menentang T-Team dan Perak, 1-1 dengan Kelantan serta tewas dua kali kepada Sabah 1-0 dan Selangor 2-0.

Radhi yang mengambil alih pasukan, menunjukkan prestasi membanggakan apabila menang enam daripada tujuh perlawanan, sekali gus meletakkan Kedah di tangga keempat dengan 24 mata.
Kedah menang ke atas Terengganu 2-1, masing-masing menang tipis satu jaringan dengan Kuala Lumpur, Perlis, Pahang dan Harimau Muda A selain menundukkan Negeri Sembilan 2-0 dan kalah kepada Johor FC 2-1.

Radhi yang enggan mendabik dada di atas prestasi semasa skuadnya memberitahu, beliau bersyukur di atas kejayaan itu kerana ia diraih menerusi konsentrasi dan komitmen tinggi pemain kepada pasukan.

"Saya sering mengingatkan pemain agar berdisiplin ketika di padang dan jangan melakukan kesilapan. Ia bukan soal siapa jurulatih tetapi pemain perlu memberi tumpuan seratus peratus kepada perlawanan," katanya.

p/s : selamat datang ke bumi jelapang padi buat coach baru skuad kenari Wan Jamak Wan Hassan.Semoga coach dapat buat yang terbaik untuk skuad kenari tahun ni.Sekali menabur bakti takkan berundur pergi..Kedah bkn sebarang negeri bkn sembilan tapi puluhan ribu menanti..Semoga kekal disanubari penyokong setia sang kenari..PULUN KEDAH PULUN...


Kenari Terbang Tinggi
Kedah Darul Peace

United v Everton

Di Karang Oleh Farhan Rais


Can the league leaders get back to winning ways against David Moyes’ men?

Form guideUnited have failed to score in consecutive matches for the first time since 1 March 2009 following Tuesday’s stalemate at Newcastle and an FA Cup semi-final defeat to Manchester City at Wembley. Home form has underpinned the Reds’ trophy hunt this season though and Sir Alex Ferguson’s side will be hopeful of extending a 28-match unbeaten run against a club that hasn't won at Old Trafford since the very first Premier League season, 1992/93. However, the current Everton crew come into this fixture bang in form, earning 17 points from a possible 21.

Ins and outs  Sir Alex Ferguson has no fresh injury concerns and Dimitar Berbatov could return after missing the trip to St James’ Park. Everton are still without instrumental midfield trio Tim Cahill (ankle), Mikel Arteta (hamstring) and Marouane Fellaini (ankle). Ex-Reds striker Louis Saha (ankle) and Jose Baxter (hamstring) are also unavailable.

Last meeting
Having overthrown a one-goal deficit to lead 3-1, United were cruising to a comfortable three points at Goodison Park. In injury time, however, the game was completely transformed. First Tim Cahill rose to head home before Mikel Arteta smashed in an equaliser two minutes later to hand the home side a 3-3 draw and a share of the spoils.

Top man
When the PFA team of the year was announced last weekend eyebrows were raised at the omission of Toffees full-back Leighton Baines, who has excelled for Everton this term. Since signing from Wigan in 2005, the England international has flourished under the tutorage of David Moyes and is
reportedly attracting interest from German giants Bayern Munich.

Any sub-plots?
Phil Neville always receives a warm reception from the Old Trafford faithful whenever the Toffees are in town – and this Saturday will be no exception. Gary's younger brother, a veteran of 386 United appearances, has given great service to Everton since joining them from the Reds in 2005 and is the current club captain.

Did you know?
Everton hold the record for the most seasons in the English top flight - 108 consecutive campaigns. United have the fifth-highest total with 85 years.

Rivals watch
Chelsea entertain West Ham at Stamford Bridge on Saturday, Arsenal travel to Bolton on Easter Sunday and Manchester City visit Blackburn on Bank Holiday Monday.

p/s : Apa keputusannya? Kita sama-sama tunggu dan lihat 2jam dari sekarang.

Kick Off : 12:45 (Mesir) 18:45 (Malaysia)

Not Arrogant, Just Better
Glory-Glory Man United

Friday, April 22, 2011

Sumbangan Islam dalam Pertanian Sepanyol

Di Karang Oleh Farhan Rais



Seawal kurun ke-19 sistem petanian moden sudah menjadi tunjang kepada ekonomi dan  pengorganisasian di negara islam. Bandar-bandar islam yang hebat berhampiran afrika timur, utara dan sepanyol telah mempunyai sistem pertanian yang  terpeinci yang merangkumi sisitem pengairan yang ekstensif dan juga kepakaran pertanian terhebat pada masa itu.

Orang islam telah pun menternak kuda dan kambing dari baka yang terbaik dan menanam sayur-sayuran. Selain itu, mereka juga telah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan baja, cara-cara mengawal makhluk perosak pengkulturan secara silang (cross culture) untuk menghasilkan spesies baru.

‘… telah menghasilkan pelbagai bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. . Pokok buah oren dibawa dari India ke semananjung tanah arab seblemum kurun ke 10. Bangsa arab telah memperkenalkannya kepada Syria, Asia Minor,Palestine,Mesir, dan Sepanyol dimana seterusnya ia merebak ke negara-negara selatan Eropah. Penanamna pokok tebu dan penghasilan gula juga disebarkan dengan cara yang sama oleh bangsa arab iaitu daripada India melalui ‘Near East’ dan dibawa masuk ke Eropah oleh tentera-tentera salib. Kapas ditanam pertama kali di Eropah oleh orang-orang arab. Pencapaian ini terlaksana di atas tanah yang kering melalui saliran pengairan yang teratur. Khalifah pada masa itu telah membuat pengecualian dengan membernarkan perusahaan secara percuma.Kerajaan sendiri yang memberi sokongan keawangan dan mengarahkan kerja-kerja baik pulih saliran yang lebih besar. Sungai Euphrates telah pun sedikit sebanyak disalirkan ke sungai Mesopotamia., Tigris dan parsi dan tidak ketinggalan juga saliran yang menghubungkan dua buah sungai. di Baghdad. Pemerintahan awal abasiyah juga menggalakkkan pengaliran lumpur subur dan pembaik pulih kampung yang hampir dimusnahakan atau yang telah ditinggalkan. Pada abad ke 10 dibawah pemerintahan putera Samanid, kawasan tersebu dikenali “Mahligai Bumi Yang Empat” (”four earthly paradises).

Menurut Scott, sistem pertanian orang islam di Sepanyol adalah yang paling kompleks dan paling saintifik dan paling lengkap yang dihasilkan oleh manusia. Kenyataan ini disokong lagi oleh Glick yang menurutnya orang islam yang paling banyak menyumbang kepada tranformasi yang berlaku di atas muka bumi. Satu lagi simbol revolusi tanah Islam ialah diama ketika Eropah berpecah-belah dibawah perhambaan buruh dan sistem ekonomi yang berbentuk penghambaan negara Islam telah pun memiliki pertanian secara berbajak. Menurut Joseph McCabe, ‘bangsa-bangsa arab’ dizaman Andalusia adalah telah mempunyai ‘estet yang diusahalan pekerja-pekerja lading dan jarang sekali dikerjakan oleh hamba. Di sepanjang the Guadalquivir sahaja terdapat  12000 kampung yang hidup dalam keadaan yang gembira.

Revolusi pertanian Islam kelihatan agak sedikit pelik kerana kerana ia telah mervolusikan seluruh tanah air Islam tanpa pengecualian. Pecapaian ketamdunan ini berlanjutan selama 5 kurun, bermula dari kurun ke-7 dan seterusnya. Tanah Islam subur dan telah melahirkan masyarakat yang sentiasa berkembang  kesan dariapa pertanian yang subur. Contohnya, menurut ahli-ahli awal geografi, telah terdapat sebanyak 360 kampung di Fayyum (sebuah daerah di Mesir) diamana setiap satu daripadanya mampu membekalkan makanan kepada seluruh Mesir unuk tempoh satu hari., terdapat juga 12000 kampung di sepanjang Guadalquivir, Persisiran antara Tangiers dan Melilla (afrika Utara) dimana telah pun ditinggalkan pada hari pada satu masa dahulu ianya padat dengan penduduk; Di jalan antara Gafsa dan Feriana, sebahagian Turki yang kini adalah padang pasir, dahulunya terdapat 200 perkampungan.; dan disepanjang Tigris (Iraq) pemenmapatn berterusan  sehingga  ke suatu tahap di mana suara ayam berkokok saling bersahutan dari bumbung ke bumbung rumah daripada Basra ke Baghdad. Terdapat bukti-bukti lain menunjukkan gambaran yang sama teteapi lebih terpinci. Contohnya,  sebuah statitik penduduk seramai 10000 orang pada abad ke 8 menunjukkan tiada sebuah pun kampung di Mesir yang memiliki tanaman di bawah 500.

Untuk pemahaman yang lebih mendalam terhadap faktor-faktor yang menyebabkan revolusi pertanian memerlukan penulisan lebih terpinci.  Secara keseluruhannya artikel ini menjelasakan 4 faktor utama yang menyumbang kepada revolusi pertanian iaitu pengenalan kepada tanaman baru oleh orang islam, penggunaan ekstensif sistem pengairan, penggunaan dan pengurusan tanah yang lebih cekap dan peranan ilmuwan dalam menggalakkan inovasi pertanian dan sains.

Sumber : Dakwah.info

Maafkan...

Di Karang Oleh Farhan Rais

Walau berat ku guriiskan juga rasa hati ini semuga jadi rintihan bersama. Kunamakan tulisan ini MAAFKAN… Ayuh, kita telusuri bersama:

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Kau mesti bahagia melihat “musuh-musuh”mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”.
Jika kau di sakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti reda. Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mungkin sahaja “penjahat” yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang mempunyai “hati emas”, akan terus dihenyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela. Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya. Jangan kau tanyakan mengapa dia yang dilebihkan, aku dikurangkan? Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama. Di SANA jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat, akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan. Belajarlah daripada Nabi Yahya AS dan Zakaria AS yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah dari Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa semmpat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan… tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi “besar” kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka “mempertaruhkan” nyawa. Pada hal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma “harga diri”. Terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikan serta tidak dihargai. Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.

Jangan bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri sendiri. Namun ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan. Hati yang ego bertuhankan “maddiah” (material dan fizikal). Bila syaitan berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan ukurtara kemuliaan… dia memberontak. Merasa Adam dilebihkan.
Syaitan tidak bahagia dengan “kebahagiaan” Adam.

Akibat marah, cemburu, derita, kecewa lalu dibujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu: BIAR HILANG KEBAHAGIAN MANUSIA. Agar bertempat bersamanya di neraka – derita selama-lamanya. Wahai diri, beringat-ingatlah akan tipuan syaitan bila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Itulah rasa yang sangat merbahaya. Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku, Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF.




Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri.


Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan. Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.

Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman yang bermaksud, tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara. Wahai diri, api jangan dilawan dengan api.

Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.

Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.

Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai - what you give, you get back – apa yang kita berikan akan kita terima kembali.” Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa. Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan?

Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. Aku tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah, begitu juga oleh hamba-hamba-MU… tetapi aku disakiti oleh ego ku sendiri!

Ini Langkahku

Di Karang Oleh Farhan Rais


 

Biismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Pertama dan selamanya bersyukur saya atas limpah rahmat kasih sayang dari Allah, kerana dengan rahmat-Nya kini langkah pertama saya bermula kembali. Setelah sekian lama menyepi dari dunia "blogger"  ini.

Alhamdulillah berkat dorongan dan semangat yang telah "someone" bagi pada saya, kini saya akan memulakan kembali langkah yang sebelum ini pernah terjatuh dengan dahsyatnya. Suatu ketika dahulu dalam sekitar 2 tahun lepas telah saya usahakn melenguhkan jari-jari saya ni untuk menulis. Tetapi sayang akhirnya bakat itu saya sia-siakan dan "blog" yang pernah menjadi tempat saya meluahkan apa yang terpendam telah saya padamkan buat seketika atas sebab-sebab tertentu.

Jadi kini, dengan semangat baru yang saya perolehi akan saya teruskan kembali segala apa yang ada pada saya ini akan saya cuba kongsikan bersama dengan para pengunjung di sini. Di harapnya buat semua yang mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini dapatlah memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna buat saya untuk saya memantapkan lagi segala artikel yang bakal saya "posting"kan kelak.

Akhir kalam, sekalipun tertatih mahupun merangkak akanku tetap meneruskan langkahan ini. Langkahan yang pertama akan memberikan saya semangat yang baru. Langkahan yang kedua bakal membuka segala pintu-pintu yang tertutup selama ini dan langkahan yang terakhir akan saya teruskan hingga ke akhirnya. Kerana semua ini bukanlah pilihan dari diri saya sendiri bahkan ianya adalah tuntutan buat diri saya jugak.

Bukan pilihan bahkan tuntutan..Ini Langkahku.....

Sharing Is Caring...

back to top