Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua pengunjung, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Paparan terbaik dari blog ini hanya dengan menggunakan browser Firefox.Terima kasih sudi ziarah.Sila Datang Lagi

Thursday, April 28, 2011

Seorang Daripada Pemain Import Liga Malaysia Mesti Dari Asean

Di Karang Oleh Farhan Rais

 Dalam kenangan..Gandingan terbaik Trio Import Pasukan Kedah. Dari kiri Marlon, Nelson, Hugging.Tahun depan siapa pula?? Kita tunggu dan lihat


PETALING JAYA, 28 April (Bernama) -- Bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara Asean, demikian diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata FAM secara dasarnya bersetuju dengan kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan dan keputusan muktamad akan dibuat dalam masa yang terdekat ini.

"Ini adalah bagi memberi peluang kepada pasukan negeri mencari pemain import terbaik dan bukannya tangkap muat pemain luar nanti," katanya kepada pemberita di Wisma FAM pada Khamis.
Annuar berkata penggunaan khidmat pemain import diharapkan dapat memberi sumbangan dan pendedahan kepada pemain tempatan untuk beraksi lebih kompetitif.

"Saya harap pemain tempatan mampu bersaing dengan pemain asing untuk menunjukkan kualiti terbaik dan seterusnya menarik minat peminat bola sepak tempatan untuk meramaikan stadium seperti dahulu.

"Selain itu dari segi penyiaran, kita juga mahu menarik minat penonton Asean dan mempromosikan arena bola sepak negara," katanya.

FAM mula membenarkan khidmat pemain import beraksi dalam Liga Malaysia dengan pengenalan Liga Semi Pro pada 1989 sebelum menamatkan khidmat mereka bermula musim 2009.

Annuar berkata pada aksi Liga Malaysia musim depan, FAM akan mengurangkan perlawanan Liga Super dengan hanya 12 pasukan beraksi berbanding 14 sekarang.

Beliau berkata FAM sedang merancang melakukan rombakan Liga Malaysia dan dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk meningkatkan tahap bola sepak negara.

Sumber : BERNAMA


p/s : Setelah FAM membuat keputusan mengejut pada Tahun 2009 dengan menghentikan khidmat pemain import yang ketika itu menjadi trio import Kedah kini keputusan itu di tarik balik tetapi dengan menggunakan khidmat lain pula. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat musim hadapan apa strategi terbaru dari coach WJWH pula untuk skuad HijauKuning...

0 comments:

Post a Comment

Sharing Is Caring...

back to top